(VIDEO) “Tambahlah Orang!” – Lelaki Mengamuk Tunggu Giliran Lama Tapi Disuruh Balik, Pekerja Dakwa Tak Cukup Staf

Kehidupan

(VIDEO) “Tambahlah Orang!” – Lelaki Mengamuk Tunggu Giliran Lama Tapi Disuruh Balik, Pekerja Dakwa Tak Cukup Staf

Baru-baru ini tular di laman Twitter, video memaparkan seorang lelaki yang mengamuk ketika berurusan di sebuah kaunter kerajaan telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki berbangsa india itu menjerit-jerit memarahi staf di kaunter berkenaan dan menepuk-nepuk meja sambil cuba ditenangkan oleh rakannya.

Advertisement

Difahamkan, dia sudah lama menunggu nombor gilirannya namun apabila sampai di kaunter, dia tidak dapat menyelesaikan urusannya akibat masalah system down dan kekurangan staf pekerja.

staf

Ramai datang pukul 2, pukul 10 30 ambik nombor, you kena tambah orang la! Bukan masalah saya, saya bayar.

Malah, lelaki itu turut sudah berulang kali datang ke pejabat tersebut untuk menjelaskan pembayaran bil namun disuruh pulang.

Berapa kali saya nak pergi balik pergi balik? Saya manusia bukan binatang! Jangan buat saya macam binatang! Bukan dekat rumah saya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti memahami perasaan lelaki berkenaan dan malah berterima kasih kepadanya kerana menyuarakan perkara tersebut yang sering dilalui oleh rakyat Malaysia.

“Dah kena marah baru semua staf keluar, tadi kata tak cukup,” tulis seorang netizen.

“Bagus brother ni.. dia bersuara untuk kita semua yang menunggu macam tak ada kerja lain nak buat.. tu belum yang duduk jauh semata-mata nak pergi menunggu dekat kaunter,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Akak kfc 7e
3 years ago

"Ini Gangster T*hi Kucing.."- Ibu 'Backup' Anak Di 7E Buat Hal Lagi, Kali Ini Di KFC Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...