Sedia maklum, baru-baru ini, usahawan dikenali ramai iaitu Madammu telah selamat melahirkan anak pertamanya bersama suami menggunakan rawatan IVF.
Sanggup korbankan apa saja demi anak
Kata Madammu melalui video keratan dari live TikToknya, dia serta suami sanggup melakukan apa-apa perkara demi anak tak kira wang, masa ataupun fizikalnya.
Madammu berkata sebegitu susulan seorang individu meninggalkan komen negatif dengan berkata bentuk badan usahawan itu sudah lain dan bertambah gemuk.
Tak kisah digelar ‘gemuk’
Kata Madammu atau nama sebenarnya, Eriyca Baiduri, dia tidak kisah langsung dengan kenaikan berat badan kerana hamil dan juga selepas melahirkan anak pertama, Ahmad Kayden.
Tambahan lagi, proses hamil yang dilaluinya lain daripada wanita-wanita lain untuk mendapatkan zuriat serta banyak pengorbanan telah dilakukan buat cahaya matanya itu.
Saya habiskan RM200,000 untuk seorang baby, itu belum lagi dia punya perbelanjaan. Perbelanjaan bilik dia sahaja RM200,000.. dah jadi RM400,000.
Untuk info ramai, Madammu mendirikan rumah tangga bersama suami, Azri yang merupakan bapa tunggal untuk tiga orang cahaya mata pada tahun 2015.