Melalui laman platform X, tular satu video memaparkan seorang dewasa dan dua kanak-kanak membuat persembahan silat di perkarangan Masjid Nabawi.
Rekod persembahan untuk konten
Dapat dilihat seorang wanita sedang merekod persembahan mereka dengan menggunakan stand camera supaya konten yang hendak dimuat naik di media sosial kelihatan ‘cantik’.
Biarpun tidak dapat mengenal pasti lagi warganegara mana, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap keluarga itu.
Kecoh!
Datang jauh ke Madinah, tiba-tiba tunjuk tari silat di perkarangan Masjid Nabawi.
Saya masih ingat awal-awal saya saya sampai Madinah, 2019. Ada orang lokal yang agak skeptikal dengan orang Malaysia, saya pelik juga. Biasanya kita dipandang dengan pandangan yang baik.… pic.twitter.com/l26dQS4DNf
— Muneeb (@MuneebMy_) January 24, 2024
Warganet marah, tak kena tempat
Video tersebut telah meraih perhatian warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa marah kerana tindakan keluarga terbabit sememangnya tidak sesuai dilakukan di tempat iersebut.
Susulan video terbabit tular di platform media sosial, ramai umat Islam daripada luar negara turut meluahkan rasa sedih apabila lihat keluarga tersebut tidak menghormati Masjid Nabawi.