(VIDEO) “Tak Tahu La Apa..” – Lelaki Terakam Kelibat ‘Putih’ Bertenggek Atas Pembahagi Jalan

Kehidupan

(VIDEO) “Tak Tahu La Apa..” – Lelaki Terakam Kelibat ‘Putih’ Bertenggek Atas Pembahagi Jalan

Baru-baru ini viral di laman Facebook, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Awisqarni Zulkiflee yang memaparkan rakaman dashcam kenderaan yang dipandunya telah menimbulkan persoalan orang ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan satu susuk putih berada di atas pembahagi jalan dalam keadaan suasana persekitaran yang sangat gelap.

Advertisement

Difahamkan, ketika itu dia sedang memandu dari Exit Pedas Linggi ke arah Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam.

Tak tahu la apa yang bertenggek dekat tepi tu.. Tapi memang nampak jelas dengan mata kepala sendiri..

Malah, susuk tersebut hanya kelihatan apabila kenderaan yang berada di lorong paling kanan menghampirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi dan spekulasi mengenai kelibat susuk putih tersebut.

Polis traffik buat OT dengan penyamaran tu.. fikir baik… – netizen.

Memang keras sikit tempat sini member balik kerja tengah malam betul-betul muncul kain putih depan cermin selamat member boleh kawal kereta,” kongsi seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami
2 years ago

(VIDEO) "Tak Pernah Bersyukur" - Isteri Kecewa Baru 3 Bulan Nikah Tak Dihargai, Suami Sibuk Tengok TikTok Wanita Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...