(VIDEO) Tak Sanggup Tanggung Rindu, Lelaki Terdesak Gali Semula Kubur Isteri

Trending

(VIDEO) Tak Sanggup Tanggung Rindu, Lelaki Terdesak Gali Semula Kubur Isteri

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki di Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia yang bertindak menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah me­ninggal dunia.

Menurut laporan dari Kosmo, klip video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.indo itu menunjukkan lelaki berkenaan berusaha sekuat tenaga menggali kubur tersebut menggunakan cangkul tanpa dibantu sesiapa.

Advertisement

Jika dapat dilihat dalam video, lelaki itu tidak dapat melupakan arwah isterinya sehingga ter­desak menggali kembali jenazah yang telah dikebumikan itu.

Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tersungkur di kubur isterinya sebelum kerja menggali itu selesai. Raut wajahnya kelihatan sedih ketika memandang kubur isterinya. Allahu..

Pun begitu, video berdurasi 15 saat itu telah ditonton lebih 400 ribu kali dan dibanjiri komen netizen yang kebanyakan meluahkan kata-kata simpati.

“Peringkat tertinggi mencintai adalah ikhlas”

“Membuktikan bahawa lelaki itu sangat setia”

“Dalam sekali cintanya”

Ada juga yang berasa kasihan kerana isteri baru sahaja pergi dan bersemadi. Rata-ratanya turut mendoakan agar arwah isterinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

“Kasihan isterinya mahu bersemadi dengan aman”, ujar seorang pengguna laman tersebut.

Ujian dan dugaan itu berbeza, walau perit untuk diterima, itulah hakikat kehidupan di dunia. Semoga lelaki ini diberi kekuatan ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...