Selebriti media sosial, Khairul Aming telah memuat naik beberapa ciapan di laman Twitter miliknya yang mendedahkan hasil jualan ‘Sambal Nyet’ telah mencecah RM7.5juta bersamaan 540,000 botol selepas genap setahun dilancarkan.
Menerusi ciapan tersebut, Khairul Aming turut menceritakan bagaimana dia bermula hanya dengan melakukan Research and Development (R&D) sendiri di rumah dan kemudiannya menyewa lot kedai sehingga lah mempunyai kilang seluas 14,000 meter persegi.
Menurutnya, dia juga tidak menyangka produk pertamanya itu akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai.
Kita masih lagi sold out sehingga hari ini dan sekarang, setahun kemudian aku nak laporkan yang jualan kita alhamdulillah telah mencecah 540,000 botol bersamaan RM7.5juta untuk tahun pertama.
Bukan itu sahaja, Khairul Aming turut berkongsi di mana ‘Sambal Nyet’ dihasilkan dengan memaparkan video kilang miliknya yang terletak di Kota Bharu, Kelantan yang juga merupakan tempat dimana dia dilahirkan dan dibesarkan.
Ia bukan satu proses yang mudah tapi reason kenapa aku nak buat kilang sendiri sebab aku nak belajar manufacturing process daripada awal sampai akhir.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall?????? [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Namun, dia mengakui telah banyak melakukan kesilapan dalam tempoh tersebut dimana dia tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout dan lain-lain lagi. Malah, dia juga sudah mengeluarkan kira-kira RM1 juta untuk operasi kilang tersebut.
Tak pernah aku imagine dapat sampai ke tahap ni and I really wish arwah abah dapat tengok semua ni.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut mengucapkan terima kasih dan berasa sangat terhutang budi dengan orang ramai dan juga team ‘Sambal Nyet’ di atas sokongan mereka yang berterusan sehingga ke hari ini.