(VIDEO) “Tak Percaya Rezeki Ke?” – Peniaga Toreh Muka Remaja Dengan Kunci Kereta, Dengki Meniaga Barang Sama

Kehidupan

(VIDEO) “Tak Percaya Rezeki Ke?” – Peniaga Toreh Muka Remaja Dengan Kunci Kereta, Dengki Meniaga Barang Sama

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nor Syifa Syahira yang memaparkan seorang remaja yang cedera di bahagian muka akibat satu pergaduhan yang berlaku.

Menerusi video tersebut, dilihat wajah remaja yang memakai baju berwarna putih telah berlumuran darah dipercayai ditoreh dengan kunci kereta semasa bergelut dengan seorang peniaga berbaju hitam.

Advertisement

Difahamkan, punca pergaduhan tercetus apabila peniaga tersebut tidak berpuas hati kerana remaja itu berniaga barangan yang sama dengannya.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian pergelutan antara dua wanita telah berlaku berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.

Sehingga kini, video perkongsian itu telah meraih 6.5M tontonan, 264.2K tanda suka, 4.7K komen di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam peniaga berbaju hitam yang sanggup mencederakan mangsa hanya kerana dengki.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Ini Baru Betul!" - Pengantin Dapat Hadiah 'Berguna' Daripada Kawan-Kawan Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...