(VIDEO) “Tak Pasal Sangkut” – Ubah Suai Terlalu ‘Lowered’, Pemandu Honda Civic Terseksa Nak Pandu Kereta Sendiri

Automotif

(VIDEO) “Tak Pasal Sangkut” – Ubah Suai Terlalu ‘Lowered’, Pemandu Honda Civic Terseksa Nak Pandu Kereta Sendiri

Setiap insan pastinya mempunyai minat dan hobi masing-masing tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Ada hobi yang menelan belanja yang banyak, tapi asalkan tidak mengganggu urusan orang lain di sekeliling maka ia tidaklah menjadi suatu masalah.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic yang mengalami kesukaran gara-gara diubah suai menjadi rendah dan tayar seakan ‘terkepak’ keluar.

Modifikasi ‘stance’ seperti itu memang diketahui sangat terkenal di negara Jepun dan kini menjadi popular sehingga ke seluruh dunia.

Namun, keadaan kereta individu ini membuatkan dirinya berada dalam kesusahan kerana kenderaannya tidak dapat bergerak di atas permukaan jalan yang tidak rata.

Dalam video tersebut, kereta itu dilihat ‘struggle’ untuk bergerak malah pergeseran yang berlaku turut menyebabkan ia bertambah rosak dan bercalar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasakan penggubahan kereta itu tidak praktikal jika ia digunakan untuk aktiviti harian dan turut mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Twitter

Kata netizen lagi, kereta-kereta jenis itu hanya sesuai untuk dipamerkan di sebarang acara-acara permotoran dan bukannya untuk dipandu.

menantu
2 years ago

“Kuat Merajuk” - Wanita Kongsi Rasa Duduk Satu Rumah Dengan Mentua Kuat Beribadah Tapi Dakwa Dilayan Macam Hamba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...