(VIDEO) “Tak Ngam Makanan Sini, Baru Berapa Hari Saya Dah Kurus” – Pelancong China Kritik Makanan Malaysia, Raih Perhatian Ramai

Kehidupan

(VIDEO) “Tak Ngam Makanan Sini, Baru Berapa Hari Saya Dah Kurus” – Pelancong China Kritik Makanan Malaysia, Raih Perhatian Ramai

Video yang mempamerkan seorang pelancong dari China baru-baru ini meraih perhatian warganet di Malaysia selepas dia dilihat mengadu tentang makanan negara ini.

 

Advertisement

Bawa mi segera, makanan Malaysia tak sedap

Menerusi video itu, dia memberi nasihat kepada orang ramai untuk membawa bekalan makanan iaitu mi segera jika mahu melancong ke Malaysia.

Katanya, ia kerana makanan yang dijual di restoran di negara ini tidak sedap malah mi segera di Malaysia juga sangat biasa sahaja dari segi rasa.

Datang Malaysia kena bawa mi segera, di sini bukan setakat makanan di restoran tak sedap malah mi segera dijual tak berapa sedap.

Teman wanitanya dilihat bersetuju dengan kenyataan dikatakan lelaki tersebut yang turut berkata jika tinggal di Malaysia dia boleh menjadi kurus kerana makanan tidak sedap.

 

Citarasa orang berbeza

Seorang lelaki berbangsa Cina kemudian membidas kenyataan pasangan itu dan berkata kenyataan diberikan itu agak kasar.

Di Kuching, ramai peniaga dari China lagi-lagi berniaga makan, orang China yang saya kenal semuanya baik-baik. Mudah adapt, tapi dua orang ini dari China datang Malaysia untuk complaint makanan tak sedap,

Dia juga berkata makanan di China pun ada yang tidak sedap atau menyelerakan atau ‘tak kena dengan tekak’ membuktikan citarasa manusia itu berbeza.

Kadang awak cakap sedap, bagi kami tak sedap. Kenapa? Sebab kami tak buat research, kami tak tahu kat mana makanan sedap, tapi kalau ada rakan-rakan internet kenalkan tempat makan sedap, confirm kami akan pergi try. Korang dah lah datang tak buat research, pastu nak complain makanan tak sedap.

Video tersebut menerima kecaman daripada warganet di media sosial yang turut menyindir semula pelancong itu tentang perangai tiada sivik warganegara mereka bila datang bercuti ke Malaysia.

arab saudi alkohol
11 months ago

Mahu Tarik Pelancong Global, Arab Saudi Rancang 'Buka Pintu' Untuk Minuman Alkohol & Pakaian Bikini Di Bandar Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...