(Video) “Tak Nak Cucuk!”, Cikgu Kejar Pelajar Lelaki Lari Dari Sekolah Sebab Takut Dicucuk

Kehidupan

(Video) “Tak Nak Cucuk!”, Cikgu Kejar Pelajar Lelaki Lari Dari Sekolah Sebab Takut Dicucuk

Sebenarnya kalau diikutkan siapa sahaja yang suka dapat ‘injection’ kan? Kena tahan sakit dicucuk jarum tu, memang nervous dibuatnya. Bukan budak-budak sahaja yang takut, kita yang dewasa ni pun boleh tahan sama sahaja lah.

Dan disebabkan takut kena cucuk punya pasal, pelajar lelaki ini sanggup lari dari sekolahnya dan kurung diri dalam rumah dan siap kunci sekali rumah tu. Yang kelakarnya, cikgu-cikgu sempat kejar sekali!

Advertisement

“Ada budak lari dari sekolah weh takot kena cucuk, habis rumah dia kunci weh. Cikgu kejar naik kereta je sampai.” 

Dalam video yang dikongsikan ini, cikgu sekolah bertanya pada dia sama ada dia dah dicucuk ke belum. Sambil menangis, pelajar itu menjawab belum lagi. Cikgu-cikgu pun bukan main lagi memujuk untuk tenangkan pelajar itu. Tapi disebabkan pelajar tu dah sampai menangis tak mahu, cikgu-cikgu pun give up juga.

Kesian pula tengok, sebab nampak memang betul-betul takut tak nak kena cucuk langsung. Tapi cikgu pun ada tanggungjawab juga, nak pastikan semua anak murid dah dapat suntikan.

Tak pasti lah sama ada akhirnya, dia mendapat suntikan ataupun tidak. Tapi harap semuanya berjaya lah sebab kita semua tau suntikan tu penting, lagi-lagi kalau vaksin.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...