(VIDEO) “Tak Mampu Nak Lawan” – Mengadu Dirogol Sepupu, Gadis Tak Sangka Abang Pula Buat Perkara Sama

Kehidupan

(VIDEO) “Tak Mampu Nak Lawan” – Mengadu Dirogol Sepupu, Gadis Tak Sangka Abang Pula Buat Perkara Sama

Sumbang mahram merupakan kes yang semakin serius dan mendapat perhatian masyarakat masa kini dan hampir setiap hari kita dipaparkan dengan berita rogol dan sumbang mahram di rata-rata media sosial.

Begitulah yang dilalui oleh seorang gadis bernama Amirah Aziz (bukan nama sebenar) yang tampil berkongsi kisah pengalaman hitamnya di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Advertisement

Menerusi hantaran video di laman Facebook MHI, gadis itu menceritakan dia telah dirogol oleh sepupu lelakinya sendiri di awal usia 13 tahun.

Saya pernah bagitahu abang, tapi abang tak percaya saya..

Namun, apa yang lebih mengecewakan apabila selepas beberapa tahun kejadian itu berlaku, abang kandungnya pula telah memaksa gadis itu untuk bersetubuh dengannya ketika gadis itu sedang mandi di dalam bilik air.

Saya tak boleh nak lawan, saya tak mampu nak lawan apa-apa.. sebab lelaki kan kuat.

Sejak dari tu saya jadi liar, alang-alang saya dah rosak, jahanamkan je terus..

Menurutnya, selepas kecewa ‘diratah’ dua kali oleh ahli keluarga sendiri, dia telah melakukan hubungan terlarang lebih 25 kali sehingga hamil anak luar nikah namun tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut.

Bagaimanapun, bayi itu telah dijemput ilahi dan pemergian bayi itu telah memberi kesedaran dan keinsafan kepada gadis itu yang kini menjadi penghuni Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dah Boleh Jalan Dan Makan" - Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Overdose’ Dadah Kini Pulih Sepenuhnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...