(VIDEO) “Tak Kisah Berapa Kali Curang, Kalau Masih Isteri Atau Suami Orang, Tetap Salah” – Caprice

Hiburan

(VIDEO) “Tak Kisah Berapa Kali Curang, Kalau Masih Isteri Atau Suami Orang, Tetap Salah” – Caprice

Penyanyi rap dan pensohor media sosial, Caprice tampil memberikan pendapatnya mengenai isu curang yang berlaku di antara Bella Astillah dan pelakon baharu, Muaz Zabir.

Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, perbuatan curang adalah satu kesalahan besar buat mereka yang masih berstatus isteri dan suami orang.

Advertisement

Secara umum, kepada kaum lelaki dan perempuan dekat luar sana. Tak kisahlah berapa kali korang curang, tapi kalau korang masih ada status suami atau isteri orang, benda tu tetap salah. Tak kisah lah apa hal punya alasan, salah tetap salah.

Kepada sesiapa nak sebelahkan perempuan ke lelaki itu, korang semua tak faham apa hukum dalam Islam kalau curang dalam status berkahwin.

Tambahnya lagi, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan enggan mengulas lanjut mengenai isu yang menjadi tular itu.

Terdahulu, gempar di media sosial apabila penyanyi dan juga aktres itu didakwa menjalinkan hubungan sulit bersama seorang pelakon lelaki baharu.

Mesej dan juga foto mesra kedua-duanya kemudian turut tersebar sekaligus menjadi tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astilla eriqa
9 months ago

"Saya Kesal Saya Buang Adik, Tak Buang Aliff" - Bella Astillah Dedah Eriqa Pernah Teman Aliff Ke GV, Dah Lama Tak Balik Sabah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...