(VIDEO) “Tak Kelakar, Haram Tetap Haram” – Berambut ‘Blonde’, Mas Khan Jadi ‘Wanita’ Sempena Halloween

Hiburan

(VIDEO) “Tak Kelakar, Haram Tetap Haram” – Berambut ‘Blonde’, Mas Khan Jadi ‘Wanita’ Sempena Halloween

Baru-baru ini, pelakon Mas Khan memuat naik video di TikToknya memaparkan diri berpakaian seperti seorang wanita sempena menyambut Halloween.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, aktor tersebut memakai busana berwarna hitam dan rambut palsu ‘blonde’ berserta mekap tebal di wajahnya.

Advertisement

Bahkan, Mas Khan berseloroh bahawa namanya sudah bertukar menjadi ‘Masyitah’.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa kurang senang serta mendakwa Mas Khan seperti sengaja melanggar hukum agama dengan menyambut Halloween.

komen

komen

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang menegur pelakon terbabit kerana berpakaian menyerupai seorang wanita dan mendoakan dia segera bertaubat.

Mas khan
2022-11-21 10:52:19

"Saya Pandang Lebih Pada Hati" - Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok