(VIDEO) Tak Henti Lap Air Mata, Anak Sulung Ina Naim Menangis Lihat Ibu Nikah Undang Sebak Warganet

Trending

(VIDEO) Tak Henti Lap Air Mata, Anak Sulung Ina Naim Menangis Lihat Ibu Nikah Undang Sebak Warganet

Anak sulung Ina Naim iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang tidak dapat menahan sebak apabila ibunya kembali bergelar isteri telah mengundang perhatian warganet.

Menerusi perkongsian video di media sosial, Hadie yang duduk di sebelah bapa tirinya, Mohd Khairul sewaktu akad nikah itu dilihat menangis tanpa henti dan menutup mukanya dengan tangan.

Advertisement

ina naim mohd khairul nikah

Video itu memaparkan remaja tersebut kesat air matanya sehingga ada yang menghulurkan tisu tatkala menadah tangan ketika doa dibaca sebaik selepas ibunya sah bergelar isteri Mohd Khairul.

Ina juga yang duduk di atas pelamin turut tidak dapat menahan sebak dan dilihat beberapa kali mengelap air matanya.

Ramai memberi komen dan akui turut berasa sebak melihat anak arwah Suhaimi Saad itu menangis kerana gembira ibunya kini sudah ada peneman hidup yang baru.

Rata-ratanya turut mendoakan agar rumah tangga dibina Ina Naim dan Mohd Khairul berkekalan sehingga ke akhir hayat.

1 month ago

Ina Naim Selamat Bergelar Isteri Buat Kali Kedua, Terima Mas Kahwin RM100

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...