Sedia maklum, kemalangan jalan raya kebanyakannya berlaku disebabkan pemandu terlelap ataupun ‘micro-sleep’ akibat tidak dapat tahan mengantuk.
China cipta lampu ‘laser’ warna-warni
Dalam video tular di platform X baru-baru ini, di negara China mereka mempunyai cara tersendiri untuk hindar pemandu dari terlelap pada waktu malam.
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, ‘laser’ yang digunakan mempunyai pelbagai warna dan berkelip-kelip.
China is testing lasers to prevent drivers falling asleep on highways pic.twitter.com/C1XCW2Bl87
— Historic Vids (@historyinmemes) January 22, 2024
Macam lagi bahaya je..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen daripada banyak negara meninggalkan pandangan mereka mengenai inisiatif China elak pemandu dari ‘micro-sleep’ ini.
Kebanyakan warganet merasakan inisiatif ini lagi bahaya dan boleh meningkatkan lagi jumlah kemalangan di jalan raya.
Ramai berpendapat seperti itu kerana apabila ‘laser’ tersebut dipancarkan sewaktu pemandu sedang membawa kereta, ia boleh menganggu penglihatan pemandu hingga tidak nampak jalan raya di waktu malam.