Terdahulu, peserta Big Stage 2022 iaitu Yazmin Aziz telah memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya yang telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menerusi video tersebut, Yazmin dilihat memeluk erat penyanyi, Danial Chuer yang merupakan rakan baiknya setiap kali mereka bertemu di belakang tabir program Big Stage 2022.
Penyanyi berusia 20 tahun itu mengakui sedar video tersebut telah dikecam netizen namun memilih untuk mengabaikannya dan lebih teruja dengan komen positif dari pengikut yang suka melihat persahabatan mereka berdua.
Ramai ingat kami bercinta sebab nampak rapat. Sejujurnya, Danial seperti abang saya. Saya tak pernah ada kawan lelaki yang rapat seperti tu.
Menurut Yazmin, dia dan Danial mula berkawan rapat sejak mereka berdua menyertai program Big Stage 2022.
Bagi saya dia orang penting dalam hidup saya tapi kami tak ada hubungan istimewa.
@yazminaziz One of the things I will miss the most ??? @danialchuer #fyp #bigstage2022
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi, ada yang suka melihat persahabatan mereka berdua namun ada juga yang menegur perbuatan kedua penyanyi itu.
Sumpah korang comel! – pengguna TikTok.
“Semoga Yazmin dengan Danial dapat menjaga batas antara lelaki dengan perempuan lepas ni,” tulis seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.