Ahli penguatkuasa agama di Malaysia dilihat sering berjaya mencekup pasangan yang mencurigakan melalui laporan orang awam yang diterima.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial TikTok satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ezzaty yang memaparkan bilik hotel dia dan suaminya yang diserang oleh penguatkuasa.
Menerusi video tersebut, Ezzaty dan suami telah menginap di sebuah hotel ketika bercuti di Cameron Highland namun tidak menyangka apabila pintu bilik mereka diketuk ketika pihak penguatkuasa menjalankan operasi.
First time kena ketuk sampai tak boleh tidur semalaman.
Mujur, pasangan suami isteri itu membawa kad nikah mereka yang menjadi penyelamat dan bukti kukuh bahawa mereka merupakan pasangan yang sah.
Susulan kejadian, Ezzaty turut mengakui dia tidak boleh tidur malam akibat terkejut dengan situasi yang berlaku pada mereka buat pertama kali itu.
@nrzatyyyyy Sapa penah kena macam ni?? #fyp #cameronhighland
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan pelbagai respon, ada yang menyarankan mereka untuk saman si pengadu yang membuat laporan kerana telah mengganggu privasi orang lain.
Lepasni kena fotostat kad nikah tampal depan pintu, kacau la orang nak honeymoon, – netizen.
Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama apabila pintu diketuk pihak penguatkuasa agama walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.
“Pernah, sampai hampir kena ikut pergi balai sebab kad nikah tak tahu letak mana,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.