Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ telah mencuri perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, KJ dilihat tampil dengan imej lebih kemas selepas memotong rambut pendek dan mencukur jambangnya.
Difahamkan, video berdurasi 6 saat itu telah diambil ketika Ahli Parlimen Rembau itu hadir di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.
Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji KJ kelihatan lebih kacak dengan gaya rambut terbaharu.
Malah, ada juga segelintir netizen yang membuat perbandingan penampilan KJ yang terdahulu dengan yang terkini selain mengaitkan tindakan mengubah imej itu dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Macam ni baru nampak lebih handsome and manis. – Netizen.
“Barulah semenggah sikit… tak ada la serabai je jadi menteri..,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.