(VIDEO) “Tak Ada Timbang Rasa” – Ibu Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Diusung Ambulans Untuk ‘Renew’ Kad Bank

Hiburan

(VIDEO) “Tak Ada Timbang Rasa” – Ibu Lumpuh Seluruh Badan Terpaksa Diusung Ambulans Untuk ‘Renew’ Kad Bank

Sebuah perkongsian di media sosial Twitter baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang individu ada memuat naik video memaparkan seorang warga emas telah diusung menggunakan ambulans hanya kerana ingin memperbaharui kad bank miliknya.

Difahamkan, warga emas wanita itu mengalami lumpuh seluruh badan dan diminta juga hadir ke bank bagi tujuan berikut.

Advertisement

Dalam video tersebut, warga emas itu kemudiannya dibawa ke bank menggunakan ambulans dan dimaklumkan oleh pihak institusi perbankan itu menjelaskan bahawa tiada cara lain yang boleh dilakukan bagi memudahkan lagi urusan wanita berkenaan.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan tindakan bank itu.

Memang prosedur untuk warga emas macam tu kat semua bank, pemilik akaun kena hadir untuk cap jari. Tapi ada je pegawai bank yang bertimbang rasa, suruh tunggu dalam kereta je. Yan tak bertimbang rasa, macam dalam video tu lah.

Ada juga netizen yang mengalami situasi yang sama seperti individu dalam video tersebut dan mengakui perkara tersebut sangat mengecewakan terutamanya kepada warga emas yang sakit dan sebagainya.

TwitterSumber : Twitter  

Berikutan tularnya video itu, ramai meminta agar pihak bertanggungjawab seperti Bank Negara Malaysia (BNM) untuk lebih bertimbang rasa dan mempunyai perasaan empati agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Wanita Dakwa Diperkosa Pelanggan Ketika Servis Penapis Air, Ramai Netizen Cakap Pernah Lalui Situasi Sama?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. public bank

    September 2, 2022 at 4:09 pm

    sila buat aduan ke HQ, cc BNM kasi gempak sikit..saya dulu buat aduan online (email aje) ke HQ sebuah bank aje, takde cc kat BNM pun..tak sampai sejam bank manager cawangan tu call saya minta dtg ke cawangan itu utk dia sendiri bantu saya..staff yg sepatutnya attend saya waktu pagi tu bukan sahaja tak bantu saya, malah dia kata saya perlu ke cawangan yang saya buka akaun utk melakukan perkara yg saya inginkan tersebut. Dah tu buat apa ada byk cawangan dlm setiap negeri? Bodoh betul la bagi jawapan begitu..saya tanya 2-3 kali sambil nyatakan pengalaman buat perkara sama di mana2 cawangan pun boleh..tapi staff pemalas 2 org tu tetap kata tak boleh & langsung tak membantu..takpe, saya tak suka marah2..bila sampai rumah terus email ke HQ, bagi detail selengkapnya, dtg nak buat urusan apa, jumpa bank staff nama apa, cawangan mana, pukul berapa, etc..part paling best, Manager Bank terus pindahkan 2 org staff pemalas bodoh tu ke tempat lain..bila saya tanya mana 2 org tu dah takde di meja tepi hall bank tu, manager cakap “staff pemalas mcm tu tak boleh kasi jumpa orang, biar kena freeze sebelum diambil tindakan”..sebab katanya saya bukan complainant pertama, so dia perlu ambil tindakan.

  2. Anonymous

    September 2, 2022 at 3:30 pm

    Kalau pihak bank datang rumah boleh ke?

    • Anonymous

      September 2, 2022 at 6:17 pm

      kan. msia, service kelaut. negara lain elok je org bank datang rumah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...