Personaliti TV, Roslan Shah mengakui dirinya terkejut ‘beruk’ apabila mengetahui mengenai berita konflik rumah tangga yang berlaku di antara pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle.
Ujar Roslan, pasangan itu kelihatan sungguh mesra selain sering bergurau senda ketika melakukan ibadah umrah pada Februari lalu.
Tidak menunjukkan sebarang tanda permasalahan dalam perkahwinan, Roslan juga mengandaikan pasangan itu bahagia dan seronok ketika menunaikan ibadah tersebut.
Selama saya di Tanah Suci bersama Farid dan Diana, Alhamdulillah mereka nampak baik dan saling bergurau senda bersama anak-anak.
Di sana tiada apa yang berlaku, mereka mesra, tiada pergaduhan malah pasangan itu nampak begitu seronok sepanjang menunaikan ibadah.
Dia dalam pada itu berharap agar pasangan itu dapat menyelesaikan kemelut yang dihadapi dalam rumah tangga dengan baik dan harmoni.
Terdahulu, pelakon filem Imaginur telah memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil namun aktor tersebut enggan melafazkan talak terhadap Diana kerana masih menyayangi isterinya.
Jelas Diana, dia mengambil keputusan itu kerana sudah tiada persefahaman selain wujud Shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri.
Pasangan tersebut telah bernikah pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 10 dan 8 tahun.