Susulan keputusan SPM yang baru diumumkan, tular di rata-rata media sosial hantaran pelbagai video oleh pengguna yang berkongsi detik ‘pahit manis’ reaksi ahli keluarga selepas mengetahui tentang keputusan mereka.
Namun, berbeza dengan hantaran video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Shakilla Miezam yang tular baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, dilihat seorang wanita seolah-olah bangga dan tidak kisah tentang keputusan SPM yang diperoleh anaknya.
Orang lain SPM dapat sambung belajar, anak I lepas SPM dapat laki. Walaupun tak ada A pun tapi yang penting dapat laki!
Malah, dia seperti bangga kerana anaknya terus berkahwin selepas menamatkan persekolahan dan tidak menyambung pelajaran ke Universiti.
@killamiezam05 ?????ade i kesah
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dan mengecam kata-kata yang diluahkan oleh wanita itu.
Nasib baik bukan mak aku – netizen.
“Tiba-tiba bersyukur sangattt dapat parents yang strict ALHAMDULILLAH,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.