(Video) “Tahu Lah Motor Kau Tu Laju Kami Ni Motor Kapcai Je” Netizen Kecam Penunggang Motor Berkuasa Tinggi

Trending

(Video) “Tahu Lah Motor Kau Tu Laju Kami Ni Motor Kapcai Je” Netizen Kecam Penunggang Motor Berkuasa Tinggi

Biasanya kalau nak cepat sampai ke destinasi memang ramai yang lebih selesa naik motor daripada kereta. Bukan dapat jimatkan masa saja tapi juga dapat elakkan daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Baru-baru ini pula tular satu video insiden pelanggaran yang berlaku antara dua penunggang motorsikal. Penunggang motorsikal berkuasa tinggi ini membawa motor terlalu laju sampaikan tak pasal-pasal terlanggar penunggang lain.

Advertisement

Kesian betul pada penunggang yang dilanggar tu. Walaupun dah bawa dengan cermat tetap juga terlibat dengan kemalangan macam ini. Yang pastinya netizen pun turut meluahkan rasa marah mereka melihat video yang tular ini. Hanya disebabkan sikap cuai orang lain, nyawa pengguna jalan raya yang lain berada dalam keadaan bahaya.

Harapnya tak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada kedua-dua penunggang. Selepas ini kena bertimbang rasa sikit lah pada penunggang lain. Kalau nak cepat sekalipun jangan sampai membahayakan nyawa.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...