Belum lagi reda isu dirinya disindir oleh TMJ dan dipercayai menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merudum, nama pelakon Syifa Melvin terus dihimpit kontroversi apabila didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT.
Menerusi video yang viral di laman Twitter, Syifa ketika mempromosikan sebuah koleksi turban eksklusif sambil seorang rakan sedang menggayakan produk itu untuknya berkata, sesiapa sahaja yang memakai turban itu secara automatik akan nampak mewah walaupun mereka hanya duduk di rumah setinggan dan PPRT.
Syifa menghina orang miskin?
Rata-rata netizen bengang dengan kata-kata Syifa yang disifatkan biadab kerana merendahkan golongan yang tidak berkemampuan. Ada juga yang mengkritik sikap bongkaknya.
Apa yang dikatakan oleh Syifa itu agak sensitif. Kalau hendak melawak pun, fikirlah dahulu kerana ia boleh mengguris hati ramai.