(Video) Syed Saddiq Dipanggil Pihak Polis Berhubung Temuramahnya Bersama Al-Jazeera Mac Lalu

Trending

(Video) Syed Saddiq Dipanggil Pihak Polis Berhubung Temuramahnya Bersama Al-Jazeera Mac Lalu

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa dia telah dipanggil oleh Bukit Aman berhubung wawancaranya pada 6 Mac lalu bersama Al-Jazeera, di mana dia telah menyatakan tentangan terhadap kerajaan Pakatan Nasional.

Dalam perkongsian di Twitternya hari ini, bekas Menteri Belia & Sukan itu mengatakan bahawa dia sedang disiasat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Advertisement

Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Sumber

Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Sumber

Syed Saddiq menegaskan bahawa dia tidak akan takut akan kebenaran dan mengatakan bahawa dia bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.


Wawancara hangat di antara Syed Saddiq dan wartawan Britain Mehdi Raza Hasan itu disiarkan oleh Al Jazeera melalui rancangan UpFront, berlangsung sejurus selepas Pakatan Harapan jatuh pada akhir Februari 2020.

Dalam wawancara itu, Syed Saddiq menyatakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggapnya sebagai seorang bapa, kerana didakwa mengkhianati parti itu dan membentuk “pemerintahan pintu belakang” yang tidak sah.

Sumber (1)(2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...