Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa dia telah dipanggil oleh Bukit Aman berhubung wawancaranya pada 6 Mac lalu bersama Al-Jazeera, di mana dia telah menyatakan tentangan terhadap kerajaan Pakatan Nasional.
Dalam perkongsian di Twitternya hari ini, bekas Menteri Belia & Sukan itu mengatakan bahawa dia sedang disiasat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Syed Saddiq menegaskan bahawa dia tidak akan takut akan kebenaran dan mengatakan bahawa dia bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temubual saya bersama Mehdi Hasan.
Temubual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac 2020 (hampir 4 bulan lepas).
Saya dimaklumkan ia di bawah S.4(1) Akta Hasutan & S.233 Akta Komunikasi & Multimedia.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 18, 2020
Wawancara hangat di antara Syed Saddiq dan wartawan Britain Mehdi Raza Hasan itu disiarkan oleh Al Jazeera melalui rancangan UpFront, berlangsung sejurus selepas Pakatan Harapan jatuh pada akhir Februari 2020.
Dalam wawancara itu, Syed Saddiq menyatakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggapnya sebagai seorang bapa, kerana didakwa mengkhianati parti itu dan membentuk “pemerintahan pintu belakang” yang tidak sah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.