(Video): Sup Meletup Cederakan Pelayan Wanita

Trending

(Video): Sup Meletup Cederakan Pelayan Wanita

Akibat pemetik api yang tidak sengaja jatuh ke dalam sup stimbot yang sedang mengelegak, seorang pelayan di sebuah restoran stimbot melecur teruk pada bahagian mukanya.

Kejadian ini terjadi di restoran Haidilao di Kumming, Yunnan apabila sup menggelegak meletup ketika dia cuba mengambil pemetik api yang jatuh.

Advertisement

Dipetik dari Daily Mail, Pemetik api pelanggan secara tidak sengaja terjatuh ke dalam periuk yang sedang menggelegak. Dalam satu rakaman video, pelayan wanita menggunakan senduk untuk mengeluarkan pemetik api.

Tetapi tiba-tiba sup tersebut meletup menyebabkan beliau serta pelanggan terbabit disambah cecair panas.

Pelayan wanita melecur teruk kerana suhu periuk berisi sup itu kemungkinan setinggi 200 celsius yang dibiarkan mereneh.

Pelayan dan pelanggan terbabit dibawa ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, jurucakap Haidilao berkata, pelanggan terbabit mengalami lecuran ringan pada tangannya manakala pelayan itu semakin pulih.

 Kepada anda semua, bulan puasa ini berhati-hatilah ketika berbuka puasa beramai-ramai di kedai stimbot jika membawa anak kecil. Maklumlah, semasa berbuka itu keadaan agak kelam kabut sedikit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...