Semenjak penularan wabak Covid-19 ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kebanyakan negara bagi membendung wabak ini.
Antara langkah penting yang patut jadi keutamaan kini adalah usaha kerajaan atau negara menggerakkan proses vaksinasi secara besar-besaran dalam kalangan rakyat.
Selain usaha untuk memberikan yang terbaik buat rakyat, kepintaran negara-negara yang menyediakan servis terbaik juga patut dipuji.
Baru-baru ini, seorang wartawan agensi berita AFP warganegara Jepun, Natsuko Fukue telah memuat naik satu video yang memaparkan suasana pemberian vaksin COVID-19 di sebuah PPV di Umi, bandar Fukuoka, Jepun.
Kalau korang nak tahu, Jepun mempunyai sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) yang berjaya menjalankan proses vaksinasi dalam tempoh yang singkat dan pantas. Menariknya, ada yang mengatakan PPV ini merupakan yang terpantas saat ini.
The vaccination at Umi, a town in Fukuoka, is done smoothly and effectively with a doctor & his team moving while elderly residents sit and wait. They can give shots to 120 people in an hour, 8 times faster than before pic.twitter.com/gko9G10qSI
— Natsuko Fukue (@natfukue) June 2, 2021
Perkongsian rakaman selama 10 saat itu jelas menunjukkan kepada kita situasi sebenar proses pemberian vaksin yang sangat pantas dan cukup praktikal.
Proses ini boleh dikatakan sangat pantas kerana PPV tersebut mampu memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada 120 orang dalam tempoh satu jam sahaja. Fuh, memang cepat.
Menerusi ruang komen, netizen juga memberikan pandangan mereka mengenai situasi ini, rata-ratanya turut mengaggumi proses yang dilakukan rakyat Jepun. Tindakan ini sekaligus memudahkan misi ‘herd immunity’ dicapai dengan lebih cepat.
Selain ada yang berkongsi untuk dipraktikkan di Malaysia, ada juga rakyat yang menyangkal dan mengatakan sistem di Malaysia juga cukup efisien dan profesional.
Please share this with KJ. Learn best practices from others and apply.
— Allicia Thau (@AlliciaThau1) June 3, 2021
Apa-apa pun, perkongsian ini bukanlah untuk membanding-banding, tetapi sekadar memberi pendedahan kepada umum tentang kepelbagaian teknik dan kaedah yang dilakukan setiap negara.
Tidak kiralah negara mana sekalipun, usaha mereka patutlah dihargai ya. Malaysia juga apa kurangnya, tetap hebat dan bersistematik. Betul tak?
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit informasi proses vaksinasi kepada rakyat. Kita jaga kita sehingga mencapai herd immunity!