(VIDEO) “Sunnah Ke Tu?” – Ustazah Siti Afifah Simpan Kuku Panjang, Netizen Pakat Tanya Apa Hukum Dalam Islam?

Kehidupan

(VIDEO) “Sunnah Ke Tu?” – Ustazah Siti Afifah Simpan Kuku Panjang, Netizen Pakat Tanya Apa Hukum Dalam Islam?

Belum tamat lagi kisah mengenai ustazah ‘viral’ Siti Afifah yang baru-baru ini rancak berkongsi pendapat seperti hukum membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki dan juga hukum bersalam dengan artis sehingga boleh merosakkan roh seseorang.

Pendapat wanita itu bukan sahaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen malah buat selebriti juga.

Advertisement

Baru-baru ini, Ustazah Siti Afifah menjadi bahan umpatan netizen kerana penampilannya yang berkuku panjang dalam video terbarunya yang menyentuh tentang kisah tanda-tanda kematian dalam kalangan ahli keluarga.

Ketika rancak bercerita, wanita itu tidak perasan kukunya yang panjang sehingga membuat netizen mengkritik tahap kebersihan pendakwah itu.

Saya bukan ustazah. Tapi kuku saya sentiasa dijaga pendek bersih.

Kata warga maya, mereka tidak pernah melihat seorang ustazah membela kuku panjang dan ada juga yang bertanya mengenai hukum menyimpannya dalam Islam.

TikTok

Saya baru pertama kali tengok ustazah kuku panjang. Saya ulang-ulang video ini.

Simpan kuku panjang tu, sunnah ke ustazah?

Namun begitu, wanita itu dilihat tetap meneruskan siaran langsung dakwahnya di TikTok di sebalik kecaman warga maya di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharnaaz ahmad
1 year ago

“Satgi Hang Yang Makan Penendang..” - Kenyataan Diputar Belit, Sharnaaz Ahmad Maki Siapa Tu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...