(VIDEO) “Sumpah Seram!” – Dipaksa Beri Duit, Wanita Ini Cemas Dikejar Lelaki Peminta Sedekah

Kehidupan

(VIDEO) “Sumpah Seram!” – Dipaksa Beri Duit, Wanita Ini Cemas Dikejar Lelaki Peminta Sedekah

Siapa tak cuak kalau anda tiba-tiba sahaja dikacau atau dikejar oleh orang yang tidak dikenali, tambah-tambah kalau wanita pula dan tidak berteman.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang khabarnya telah dikejar seorang peminta sedekah hanya kerana enggan memberi wang derma kepadanya.

Advertisement

Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai @mya_ashwarofficial ini, dia telah dikejar seorang lelaki berbaju biru dipercayai peminta sedekah setelah cubaan mengemis gagal.

“Sebenarnya dia nak minta sedekah je. Tapi bila saya cakap tak ada maksudnya dia akan faham. Lepas tu boleh terus pergi. Tapi ni tak dia kejar saya tau macam mendesak.” terang Mya di bahagian komen.

Lebih panik, ketika kejadian Mya berseorangan di dalam kereta dan bernasib baik kerana lelaki tersebut tidak bertindak agresif.

 

TikTok pengemis kejarSumber : TikTok  

 

Tambah mengejutkan, dalam hantaran video yang lain menyaksikan bukan sahaja kaum lelaki yang bertindak melakukan perkara yang sama tetapi juga perempuan.

Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas aktiviti mengemis secara paksa ini kerana bimbang akan membahayakan keselamatan orang awam yang lain terutamanya buat kaum wanita.

Surat Neil Armstrong
2 years ago

Jadi Tumpuan Netizen, Surat Neil Armstrong Masuk Islam Selepas Dengar Azan Di Bulan Kembali Tular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...