(VIDEO) “Sumpah Saya Tak Tinggal Awak” – Hanya Mampu Meraung, Suami Lihat Isteri Rentung Depan Mata

Kehidupan

(VIDEO) “Sumpah Saya Tak Tinggal Awak” – Hanya Mampu Meraung, Suami Lihat Isteri Rentung Depan Mata

Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ridzema Naj memaparkan nahas yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Sedenak, Johor.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar dimamah api marak.

Advertisement

Difahamkan, punca kejadian berlaku apabila sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan dari arah belakang sewaktu kesesakan lalu lintas.

Allahuakbar. Yang, biy tak tinggal awak yang. Sumpah yang, biy tak tinggal awak yang. Allah! Allah! Bini saya tu bang.

Apa yang lebih menyayat hati apabila mangsa, Allahyarhamah Nurul Nazihah dan suaminya, Muhamad Redzuan baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3.

Bukan itu sahaja, kakak kepada mangsa turut memaklumkan Allahyarhamah baru sahaja pulang daripada mengerjakan Umrah di Tanah Suci, Mekah seminggu yang lalu.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video itu telah mengundang sebak rata-rata warganet yang mendoakan agar keluarga mangsa terutama suami terus tabah untuk menghadapi ujian ini.

Sakit tiada luka ya allah……. – Warganet.

Innalillah… semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Taknak Makan Minum" - Trauma Gagal Selamatkan, Keluarga Dedah Suami Mengigau Panggil Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...