(Video) Sumbat 10 Pelajar Dalam Kereta Alza, Netizen Kecam Pemandu Nak Untung

Trending

(Video) Sumbat 10 Pelajar Dalam Kereta Alza, Netizen Kecam Pemandu Nak Untung

Soal pengangkutan anak ke sekolah, pasti ada yang lebih selesa membiarkan anak menaiki bas atau van sekolah untuk memudahkan urusan. Selain bas atau van sekolah, ada juga pemandu kereta persendirian yang melakukan khidmat yang sama.

Dan kebiasaannya, jumlah pelajar untuk kereta persendirian lebih sedikit kerana ruang yang terhad. Tetapi tidak di dalam kes ini kerana lebih dari sepuluh orang pelajar boleh muat dalam satu kereta Perodua Alza.

Advertisement

Video yang tular di media sosial ini menunjukkan pemandu wanita ini berusaha untuk ‘sumbat’ pelajar hingga ke bahagian but kereta! Sampaikan ada pelajar terpaksa membongkokkan badan di dalam but itu.

Kita yang tengok ini pun jadi pening kepala dibuatnya. Macam mana agaknya dia muatkan semua pelajar dalam satu kereta tu? Kesian juga pada pelajar yang terpaksa berhimpit dalam but kereta kerana saiz badan mereka yang lebih kecil.

Ada juga yang berkata mungkin van yang dipandu pemandu ini rosak jadi terpaksa menggunakan kereta buat sementara waktu. Tetapi rasanya keadaan macam ini lebih membahayakan pelajar-pelajar itu.

“Dah mcm ikan sardin..kesian dgn anak-anak mereka jugak, mungkin tiada pilihan”

komen facebook

“Kalau bas tengah repair pun, patutnya dia berulang alik ambik pelajar bukannya sumbat macam ni.”

komen facebook
Rasanya tak patut sumbat semua sekali dalam kereta tu walau apa alasan sekalipun. Bukan sahaja keselesaan pelajar tapi hal keselamatan yang paling penting sekali. Harap ibu bapa ambil serius masalah macam ini terutamanya soal anak-anak.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...