(VIDEO) “Sukarelawan Malaysia Paling Teruk Diserang Tentera Isra*l Tapi Paling Kuat Semangat”

Trending

(VIDEO) “Sukarelawan Malaysia Paling Teruk Diserang Tentera Isra*l Tapi Paling Kuat Semangat”

Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortagua, seorang daripada sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini mendedahkan mereka yang ditahan menjadi saksi bahawa aktivis dari Malaysia dilayan dengan begitu teruk oleh Israel.

Ketika ditemu bual, Mariana berkongsi pengalamannya ketika ditahan rejim Israel dan akui sukarelawan dari Malaysia merupakan antara yang paling bersemangat dalam perjuangan ini.

Advertisement

Sukarelawan dari Malaysia paling teruk diserang oleh tentera Israel. Sukarelawan dari Malaysia juga antara yang paling bersemangat dalam memperjuangkan misi kemanusiaan ini.

@bintu_ftmh Mariana juga merupakan menteri dlm ahli parlimen dan beliau berkata kita semua patut putuskan hubungan diplomatik antara Israel. Beliau juga mengatakan bahawa Greta sangat kuat orangnya dan berkemungkinan akan dibebaskan dengan segera. Live from Portugal @dshahblix #portugal #globalsumudflotilla #malaysia #world #freepalestine ♬ оригинальный звук – TEARZ 💔

Selain sukarelawan Malaysia, Mariana juga turut menyifatkan aktivis dari Sweden iaitu Greta Thunberg seorang yang sangat tabah dan berharap wanita itu dibebaskan segera.

Terdahulu, seramai 462 sukarelawan dari 44 buah negara dilaporkan telah ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa sebelum dibawa ke penjara dan dilayan dengan begitu kejam.

Antaranya, tudung mereka direntap, ditumbuk di muka dan ditarik rambut serta bermacam lagi jenis kekejaman dilakukan rejim Israel terhadap semua tahanan tanpa belas kasihan.

zizi kirana
2025-10-06 11:00:39

"Diorang Cakap 'Have You Been To Isr*el', Saya Suruh Tengok Front Page Passport Saya" - Baju Digunting & Hijab Direntap, Zizi Kirana 'Lawan' Tentera 'Isewel'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...