(VIDEO) “Suka Tengok Gurauan Anak Beranak”- Ayah ‘Surprise’ Anak Datang Dekat Tempat Kerja

Kehidupan

(VIDEO) “Suka Tengok Gurauan Anak Beranak”- Ayah ‘Surprise’ Anak Datang Dekat Tempat Kerja

Setiap ibu bapa, pastinya sentiasa memikirkan tentang anak-anak tidak mengira umur sama ada baru bersekolah mahupun telah memasuki alam pekerjaan. Perasaan mengambil berat dan sayang terhadap anak-anak itu sudah sebati dengan ibu bapa.

Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang dikenali sebagai Zulkifle Mohd Rosli menerusi perkongsiannya di TikTok, dia berkongsi saat di mana dia menjenguk anaknya yang sedang bekerja melalui pandu lalu sebuah restoran terkenal.

Advertisement

Anak kepada pemilik video itu dilihat terkejut dengan kedatangan ayahnya di restoran itu. Zulkifle juga sempat bertanyakan kepada anaknya tentang keadaan bekerja sama ada okay ataupun tidak.

Anaknya juga menunjukkan rasa ‘excited’ dengan kehadiran bapanya sebagai pelanggan di restoran itu, dan tidak menyangka bahawa bapanya akan datang sebagai pelanggan di restoran itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berasa tersentuh dengan perhubungan ayah dan anak perempuannya itu dan menumpang bahagia dengan hubungan anak beranak itu.

2 years ago

(VIDEO) Pemuda Dapat ‘Result’ Cemerlang, Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...