(VIDEO) Suka Minum Bubble Tea? Kandungan Gula 2 Kali Ganda Berbanding Coke

Trending

(VIDEO) Suka Minum Bubble Tea? Kandungan Gula 2 Kali Ganda Berbanding Coke

Bubble Tea sudah menjadi minuman paling trending, memang best kalau tengah panas dapat pula minuman sejuk kan? Ramai yang sukakan rasanya lebih-lebih lagi kalau ditambah dengan biji ‘pearl’.  Ada juga yang hampir setiap hari pasti akan mengambil minuman tersebut.  Apa salahnya kalau minum setiap hari, itu kan teh dan semestinya pilihan yang lebih sihat. Betul ke?

Advertisement

Tahukah anda, satu kajian di Singapura mendapati minuman ini mempunyai kandungan gula dua kali lebih tinggi berbanding minuman bergas?

Gabungan Channel News Asia dan dengan kerjasama pelajar Diploma Sains Makanan dan Nurtrisi dari Politeknik Temasek Singapura telah menjalakan satu uji kaji  ke atas enam jenis bubble tea dengan perisa berlainan untuk mengetahui kandungan gula dalam setiap jenis minuman tersebut.

Tentu sekali hasil kajian itu cukup mengejutkan apabila minuman bubble tea tersebut memiliki kandungan gula antara 8 hingga 20 sudu teh gula.

Memang sukar hendak percaya kan? tetapi itulah hakikatnya. Risiko untuk mendapat kencing manis dan pelbagai lagi penyakit lain. Kurangkanlah minum bubble tea dan jagalah kesihatan anda.

Sumber Berita & Video : Channel News Asia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...