Bubble Tea sudah menjadi minuman paling trending, memang best kalau tengah panas dapat pula minuman sejuk kan? Ramai yang sukakan rasanya lebih-lebih lagi kalau ditambah dengan biji ‘pearl’. Ada juga yang hampir setiap hari pasti akan mengambil minuman tersebut. Apa salahnya kalau minum setiap hari, itu kan teh dan semestinya pilihan yang lebih sihat. Betul ke?
Tahukah anda, satu kajian di Singapura mendapati minuman ini mempunyai kandungan gula dua kali lebih tinggi berbanding minuman bergas?
Gabungan Channel News Asia dan dengan kerjasama pelajar Diploma Sains Makanan dan Nurtrisi dari Politeknik Temasek Singapura telah menjalakan satu uji kaji ke atas enam jenis bubble tea dengan perisa berlainan untuk mengetahui kandungan gula dalam setiap jenis minuman tersebut.
Tentu sekali hasil kajian itu cukup mengejutkan apabila minuman bubble tea tersebut memiliki kandungan gula antara 8 hingga 20 sudu teh gula.