‘Trend’ mencuba minuman-minuman viral di kedai kopi premium seperti Starbucks pastinya akan sentiasa menjadi tumpuan anak-anak muda yang ingin menikmati menu-menu baru yang dikeluarkan saban waktu.
Namun begitu, seorang gadis tampil memperjelaskan kekeliruan yang dicetuskan oleh seorang netizen di Twitter mengenai minuman ‘viral’ di Starbucks yang didakwa ada dijual di francais negara Malaysia.
Baru tahu banyak juga menu air Starbucks viral yang takda wujud pun dekat Malaysia. pic.twitter.com/II6NG4xAJl
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) July 15, 2022
Kata gadis itu, tidak semua minuman ‘viral’ seperti yang ditunjukkan individu itu ditawarkan di kedai kopi premium Starbucks dan dia juga rungsing apabila ramai yang sudah ‘terpedaya’ dengan hantaran yang telah menjadi tular di Twitter itu.
Cukuplah perbodohkan orang. Tweet ni buat orang nampak bodoh.
Jelasnya, dia berasa kasihan kepada netizen yang telah tertipu dan mungkin berasa hampa kerana menu yang ditunjukkan itu tidak dijual di mana-mana ‘outlet’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial bersetuju dengan pendedahan gadis tersebut dan merasakan individu yang memuat naik hantaran menu viral itu hanyalah mahukan ‘likes’ dan ‘retweet’ semata-mata.
Sabar je lah. Baik delete je lah ya. Masalahnya ni semua menu luar negara bukan Starbucks Malaysia.
Hantaran yang dimuat naik individu itu kemudiaanya dipadam mungkin kerana terlalu banyak kecaman diterima.