Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang dikongsi oleh pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Wilayah Persekutuan yang melihatkan pihak berkuasa mendatangi sebuah rumah yang didakwa penghuni rumahnya menghidap gangguan hoarding disorder hingga menyebabkan kawasan rumahnya dipenuhi sampah.
Dipenuhi botol plastik
Bukan itu sahaja, video yang sama juga memaparkan perkarangan rumah berkenaan yang dipenuhi dengan botol-botol plastik yang dikutip hingga menutupi majoriti lantai garaj dengan hanya meninggalkan laluan kecil untuk individu tersebut keluar dan masuk ke rumah.
Meskipun dipanggil berkali-kali oleh pihak berkuasa, penghuni rumah itu kekal tidak mahu membuka pintu dan pagar.
Individu tinggal seorang diri
Menurut jiran yang tinggal bersebelahan rumah itu, penghuni ini hanya tinggal seorang diri tanpa ahli keluarga yang lain. Katanya lagi, perkara ini juga sudah berlanjutan hampir 5 tahun.
Akta 672 tidak dibenarkan pengumpulan tanpa lesen dan menjadi gangguan kepada persekitaran adalah kesalahan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.