Selepas dihimpit pelbagai kemelut dan cerita panas, akhirnya Izzue Islam baru-baru ini bersemuka dengan kumpulan Forteen untuk menyelesaikan segala faham yang berlaku susulan pengundurannya daripada kumpulan tersebut.
Pertemuan itu memberi peluang untuk setiap orang meluahkan segala isi hati yang sudah lama terpendam dan tidak dinafikan ada antara mereka yang terasa hati sepanjang mereka bersama. Pada awalnya keadaan sedikit tegang sehingga ada yang tidak dapat menahan air mata, namun banyak juga persoalan yang sudah terungkai.
Walaupun sudah berbaik, Izzue masih tetap dengan pendiriannya untuk keluar daripada Forteen tetapi tidak menolak kemungkinan akan bersatu kembali pada masa hadapan.
Masih ada beberapa perkara belum diselesaikan tapi syukur kerana dipertemukan dekat sini. Saya tetap dengan pendirian untuk keluar daripada Forteen tetapi keputusan itu mungkin boleh berubah.
Apa paling penting sekarang kami pulihkan keadaan. Luahkan apa yang terbuku dalam hati dan itu adalah keutamaan ketika ini.
Terdahulu, Izzue membuat pengumuman mengejutkan mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen kerana kecewa dipulaukan oleh ahli yang lain.