Sejak kebelakangan ini, rumah tangga jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dikatakan sedikit bergolak. Kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama dan hanya menulis status mengungkapkan perasaan sedih di dalam hati.
Namun, hampir tiga bulan berselisih faham akhirnya hubungan pasangan ini telah kembali pulih. Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video mereka saling memohon maaf dengan linangan air mata.
“Kalau nak bahagia dalam
perkahwinan, berhenti mencari
kesalahan pasangan”
Pada masa yang sama, Aliff juga sempat berkongsi dia akan melancarkan lagu baru bersempena dengan kisah sedih mengenai pergaduhannya dengan isteri sepanjang tiga bulan lalu.
“Hargailah orang tersayang”
Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur hubungan suami isteri sudah kembali pulih, mendoakan agar mereka kekal bahagia sehingga ke Jannah. Ada juga netizen berpesan kepada Aliff supaya menghargai insan tersayang.
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan dilanda dengan dugaan dan cabaran, menguji keutuhan cinta dan kasih sayang mereka. Apa-apa pun, kami doakan Aliff dan isteri kekal bahagia bersama sehingga ke syurga.

Zzz
October 22, 2019 at 7:12 pm
BN dah x best… jom pindah ke cari forum. com. my!!!
Anonymous
October 22, 2019 at 6:47 pm
Haha..kannn
sajadiahwaty
October 22, 2019 at 6:07 pm
sanggup buat saja demi marketing…rumahtangga dipertaruhkan..dunia duiniaaaa
Ros
October 22, 2019 at 6:02 pm
Nasib la ko shahida dibuka aib sentiasa oleh si penyu dan mak dia yg senget tu. Bertabahlah.
sapa
October 22, 2019 at 5:30 pm
nape ler meluat rasa ngan famili ni.. semua nak dirakam…