Written by Bella | October 22nd, 2019

Sejak kebelakangan ini, rumah tangga  jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dikatakan sedikit bergolak. Kedua-duanya tidak lagi memuat naik foto bersama dan hanya menulis status mengungkapkan perasaan sedih di dalam hati.

aliff syukri isteri berbaik

Namun, hampir tiga bulan berselisih faham akhirnya hubungan pasangan ini telah kembali pulih.  Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video mereka saling memohon maaf dengan linangan air mata.

“Kalau nak bahagia dalam

perkahwinan, berhenti mencari

kesalahan pasangan”

 

aliff syukrialiff syukri

Pada masa yang sama, Aliff juga sempat berkongsi dia akan melancarkan lagu baru bersempena dengan kisah sedih mengenai pergaduhannya dengan isteri sepanjang tiga bulan lalu.

“Hargailah orang tersayang”

aliff syukri isteri berbaikaliff syukri isterialiff syukrialiff syukri

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur hubungan suami isteri sudah kembali pulih, mendoakan agar mereka kekal bahagia sehingga ke Jannah. Ada juga netizen berpesan kepada Aliff supaya menghargai insan tersayang.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan dilanda dengan dugaan dan cabaran, menguji keutuhan cinta dan kasih sayang mereka. Apa-apa pun, kami doakan Aliff dan isteri kekal bahagia bersama sehingga ke syurga.

12 responses to (VIDEO) Sudah Berbaik Dengan Isteri, Aliff Syukri Muncul Dengan Lagu Baru

  1. tipahhhhhh says:

    jadi betul la mmg ada org kata depa ni buat gimik aje. Peh mcm tu skali ehhhhhhh.. Dasyat. Gila ah, berbaik2 laki bini pun nak depan kamera, hangggg oi otak aku mikir ada gak org yg camni.

  2. Makcik Cabai says:

    Allahu Akbar…..
    Mula2 Makcik tak percaya komen2 netizen kata ini trick marketing…
    Sekali jadi macam ni…
    Aduhai…. bertabah ya Datin…
    Dugaan setiap orang tidak sama….

  3. unknown says:

    semua nih sebab lagu la kn.. stupid

  4. dora says:

    LAGU BODOH APE NI

  5. garam says:

    Drama siaran mana ni…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini