(VIDEO) “Subuh 4 Rakaat, Zuhur 12 Rakaat” – Minta Dilepaskan Sebab Nak Raya, Warga Asing Kantoi Bukan Islam

Kehidupan

(VIDEO) “Subuh 4 Rakaat, Zuhur 12 Rakaat” – Minta Dilepaskan Sebab Nak Raya, Warga Asing Kantoi Bukan Islam

Baru-baru ini, wartawan jenayah 999, Tun Hizami Hashim memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya yang memaparkan potongan rakaman rancangan 999 di TV3.

Menerusi video tersebut, dilihat operasi bagi mengesan pendatang asing telah dijalankan di sekitar kawasan Pasar besar Selayang yang melibatkan 100 orang penguatkuasa dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian apabila kebanyakan warga asing yang telah ditangkap cuba untuk meraih simpati dengan meminta untuk dilepaskan kerana ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri.

warga asing

Namun, status agama mereka masih tidak dapat dikenal pasti kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan apabila ditanya tentang rakaat solat, jawapan warga asing itu telah menjadi perhatian ramai.

Solat subuh 4 rakaat, zuhur 12 rakaat..

@tunhizamihashim

Subuh 4 rakaat, Zuhur 12 rakaat.. #999tv3 #jenayahmembawapadah

? original sound – Tun Hizami Hashim (999 TV3) – Tun Hizami Hashim (999 TV3)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan terhibur dengan jawapan yang diberikan warga asing tersebut yang jelas sedang membohong tentang status agamanya.

Mazhab mana dia pakai weh. – Netizen.

Advertisement

Zuhur 4 rakaat pun kadang aku tak buat, ini kan pulak 12 rakaat amboiiii,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kahwin
2 bulan lalu

(VIDEO) "Aku Tahu Dia Tengah Sedih" - Tekad Teruskan Niat Kahwin Dua, Suami Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    May 13, 2022 at 11:46 am

    soalan dia jelas dan senang je solat subuh berapa rakaat? zuhur berapa rakaat? bukan solat sunat sebelum subuh, zuhur atau lain2. memang tau dia non muslim sebab mula2 dia cakap dia lupa kan kan macam mana boleh jawab solat subuh total 4 rakaat?

  2. Anonymous

    May 13, 2022 at 1:01 am

    Pada saya,mungkin mereka maksudkan solat sunat sebelum subuh 2 rakaat +solat
    fardhu subuh 2 rakat.Total 4 rakaat. Solat sunat qabliah zuhur 4 rakaat+fardhu zuhur 4 rakaat+ba’diyah zuhur 4 rakaat. Total 12 rakaat. Jika ini yg dimaksudkan, maka mereka benar.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...