(Video) : Suasana Pilu Dan Penuh Emosi, Anjing “Ucap” Selamat Tinggal Pada Tuannya Yang Baru Meninggal

Trending

(Video) : Suasana Pilu Dan Penuh Emosi, Anjing “Ucap” Selamat Tinggal Pada Tuannya Yang Baru Meninggal

Sebuah video dimuatnaik ke laman Facebook menunjukkan seekor anjing datang memberikan ‘ucapan’ terakhir kepada tuannya yang baru meninggal hingga menyentuh hati ramai netizen seluruh dunia.

Advertisement

Menurut laporan DailyMail, lelaki berkenaan yang bernama Ryan Jessen pada November lalu telah pergi ke hospital untuk merawat sakit kepalanya yang disangka migrain.

Namun doktor telah mengesahkan yang dia sebenarnya mengalami pendarahan dalam otak dan tiada sebarang tanda dia akan pulih sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Oleh itu pihak hospital membenarkan semua ahli keluarga datang melawatnya pada 30 November lalu, selain itu pihak hospital turut membenarkan mereka membawa anjing kesayangan Ryan.

Apabila anjing peliharaannya itu sampai, suasana pilu mula menyelubungi apabila anjing berkenaan seolah-olah begitu sedih ‘mengucapkan’ selamat tinggal kepada tuaannya sebelum  baring dibahagian kaki Ryan, menyebabkan menyentuh perasaan jutaan netizen seluruh dunia.

Video yang dimuatnaik oleh adik Ryan yang bernama Michelle Jessen itu disertakan dengan kepseyn berbunyi,..

pihak hospital telah melakukan perkara yang betul dengan membenarkan kami membawa anjing kesayangan abang saya itu masuk untuk ‘ucapkan’ selamat tinggal. Ia pasti sudah mengerti kenapa tuannya itu telah lama tidak pulang kerumah, jika anda hendak tahu, abang saya itu betul-betul sayangkan anjing ‘sweet’ beliau ini.”

Sumber : DailyMail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...