Baru-baru ini, satu video memaparkan suasana huru-hara di Tanah Suci Mekah telah tular di platform media sosial, Twitter.
Difahamkan, keadaan mula jadi panik di Masjidil Haram kerana berlaku ribut petir dan hujan lebat melanda secara tiba-tiba di Mekah dan kawasan sekitarnya sekitar waktu Maghrib.
Dapat dilihat, jemaah yang sudah siap sedia untuk menunaikan solat Maghrib panik akibat tiupan angin kencang waktu itu.
Strong winds In Makkah ? pic.twitter.com/yBeIeBnIWW
— ??????? ??????? ? (@islamicfreedom) August 23, 2023
Kejadian tersebut memaksakan jemaah yang mahu menunaikan umrah dan solat Maghrib di kawasan itu lari bertempiaran mencari tempat berlindung.
Melalui sesi temubual pihak Berita Harian dengan jemaah Malaysia yang berada di sana, berlakunya ribut disusuli hujan ais sewaktu dirinya dalam perjalanan dari Taif menuju ke Mekah.
Dalam pada itu, penduduk setempat menyifatkan ribut yang berlaku itu merupakan kejadian ribut yang paling teruk pernah mereka alami.