(VIDEO) Suami Tak Lepas Tangan Isteri, Tenang Sebelum Lafaz Talak Di Mahkamah

Kehidupan

(VIDEO) Suami Tak Lepas Tangan Isteri, Tenang Sebelum Lafaz Talak Di Mahkamah

Setiap perkahwinan yang dibina pastinya ingin berkekalan sehingga ke syurga.

Namun, jika takdir dan jodoh sesebuah perkahwinan itu hanya setakat itu sahaja, mungkin itu yang terbaik bagi sesiapa yang menghadapinya.

Advertisement

Tular di media sosial TikTok hari ini apabila perkongsian wanita bernama @ennajasz ini telah mengundang hiba dalam kalangan netizen apabila kisah penceraiannya dilihat berakhir dengan baik kerana kedua-duanya masih mampu berpegangan tangan ketika menunggu giliran di mahkamah.

Masih terlihat romantis, Ena memaklumkan tindakan untuk bercerai itu diambil berbulan lamanya dan mereka suami isteri mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kelamin secara matang.

Dalam video tersbeut, bekas suaminya itu masih menjemput Ena untuk bersarapan dan sempat makan bersama-sama serta berpengangan tangan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga netizen yang tertanya-tanya apakah sebab mereka berdua bercerai kerana masih dilihat seperti menyanyangi antara satu sama lain.

TikTokSumber : TikTok 

Tapi ada juga yang berpendapat bahawa ada pasangan memilih untuk bercerai dan berpisah kerana itu adalah jalan yang terbaik demi kebaikan masing-masing.

“Kadang-kadang ada pasangan akan jadi lebih baik bila berpisah tapi bukan ketika bersama. Janji anak tak terabai hati tak sakit.” komen seorang netizen.

Betullah tu, kadang-kadang tu sayang tak semestinya memiliki..

Doktor bagi bunga cengkih
3 years ago

"Nak Lagi Real Ko Gigit Je.."- Lelaki Ini Jumpa Doktor Nak Ambil Ubat Batuk Sekali Dapat Bunga Cengkih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...