(VIDEO) Suami Selamba Angkat Mesin Basuh Naik Tangga

Trending

(VIDEO) Suami Selamba Angkat Mesin Basuh Naik Tangga

Tidak dinafikan, mesin basuh atau washing machine sememangnya antara barangan keperluan yang perlu ada pada setiap rumah zaman sekarang ini. Ada orang yang sudah menggunakan mesin basuh mereka bertahun-tahun namun masih elok berfungsi.

Namun, ada juga yang terpaksa membeli mesin basuh yang baru kerana mesin yang lama sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Seperti yang kita tahu, mesin basuh ini selalunya memang bersaiz besar dan berat.

Advertisement

4 years ago

(Video): Tips Bagaimana Mahu Membersihkan "Tahi" Yang Melekat Pada Mesin Basuh

Disebabkan itu, dua atau lebih orang diperlukan untuk mengangkat mesin basuh tersebut. Kebiasaannya, kita melihat orang meletakkan mesin basuh mereka di tingkat bawah rumah tetapi sekarang sudah ramai yang meletakkan mesin basuh mereka di tingkat atas kerana laundry room berada di tingkat atas.

Suami angkat mesin basuh naik tangga dan gelagat isteri tersasul raih tumpuan netizen

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama hanimrazali16 yang memaparkan gelagat seorang lelaki sedang gigih mengangkat mesin basuh menaiki tangga.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan lelaki itu yang merupakan suami kepada pengguna tersebut sedang mengangkat sebuah mesin basuh yang besar menaiki tangga di rumah mereka.

Menurut si isteri, ia merupakan mesin basuh yang baru dibelikan oleh suaminya kerana mesin basuh mereka yang lama sudah rosak.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila si suami dilihat begitu tenang mengangkat mesin basuh itu seolah-olah mesin basuh itu satu benda yang ringan.

Lebih melucukan, si isteri dilihat tersasul menyebut perkataan mesin basuh ketika merakam video suaminya itu dan kedengaran si isteri mengeluh kepenatan seolah-olah dia yang sedang membuat kerja. Lawak lah ‘akak’ ni!

“Berulang tengok, sebab dia punya pelat mesyin bashuh tu buat aku tersenyum”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 513.9 ribu tontonan, 15.4 ribu tanda like dan 614 komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat lelaki tersebut mengangkat mesin basuh menaiki tangga seperti sesuatu benda yang ringan.

Suami angkat mesin basuh naik tangga

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Suami angkat mesin basuh naik tangga

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang turut terhibur mendengar si isteri tersasul menyebut perkataan mesin basuh itu ketika merakam video tersebut.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan suaminya yang angkat mesin basuh itu tetapi isterinya yang kelihatan seperti lebih penat.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...