Video Suami Kangkang Di Kepala Undang Kecaman, Pempengaruh Tampil Bersuara – “Semoga Doa Tak Berbalik Ke Awak”

Trending

Video Suami Kangkang Di Kepala Undang Kecaman, Pempengaruh Tampil Bersuara – “Semoga Doa Tak Berbalik Ke Awak”

Seorang pempengaruh tampil meluahkan isi hatinya di platform Threads selepas menerima kecaman hebat berikutan video yang dimuat naik bersama suami.

Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila suaminya dilihat berkelakuan tidak sopan, termasuk mengangkang di bahagian kepala serta cuba memeluknya secara berlebihan.

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, pempengaruh itu mengakui membaca sebahagian komen yang dilemparkan kepadanya.

pempengaruh suami tak senonoh

Tulisnya,

Saya ada baca sesetengah komen dan sejujurnya tak tahu nak gelak atau risau. Sekadar peringatan lembut, apa yang awak lemparkan dekat orang, terutamanya dalam bentuk kata-kata kasar atau sangkaan buruk, doa saya cuma satu semoga ia tak berbalik pada awak dan keturunan awal. Kehidupan ini ada cara untuk membalikkan keadaan.

Dia turut menegaskan tidak mempunyai niat untuk membuktikan apa-apa kepada orang lain, sebaliknya menekankan bahawa pilihan hidupnya adalah hak peribadi,

Saya bukan di sini untuk membuktikan apa-apa tapi suami adalah pilihan saya dan kalau ia mengganggu awak, mungkin itu masalah awak, bukan saya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi, ada yang bersimpati dengan tekanan yang dihadapi, namun tidak kurang juga yang terus menegur tindakan suami pempengaruh itu yang dianggap tidak wajar dipertontonkan kepada umum.

 

View on Threads

 

Malah ramai yang tertanya-tanya mengapa si isteri memuat naik video berkenaan, meskipun mempunyai potensi untuk menerima kecaman ramai.

geli
2025-09-07 11:38:17

(VIDEO) Netizen Geli Aksi Suami Bergurau Kangkang Atas Kepala Isteri Pempengaruh - "Masuk Neraka Derhaka"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...