Isu curang sejak kebelakangan ini sering kali didengari, bahkan ia seakan-akan menjadi hal yang ‘biasa’ dikalangan masyarakat ketika ini.
Sudah semestinya ketika mendirikan rumah tangga, kita akan berharap perkahwinan tersebut penuh bahagia dan pasangan akan kekal sestia hingga ke akhirnya tetapi tidak buat seorang wanita ini.
Wanita yang dikenali sebagai Mell ini meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas mengetahui suaminya lebih memilih untuk bersama skandal hingga sanggup melafazkan talak dihadapan anak-anak.
Sakitnya tidak habis disitu, wanita yang mempunyai tiga orang cahaya mata itu juga memberitahu si suami serta ‘penyondol’ terbabit terus menyewa sebuah hotel selepas menjatuhkan talak terhadapnya.
Hancur perasaan anak-anak saya menjadi saksi atas apa yang berlaku dan sebab awak saya dan anak-anak keluar dari rumah yang sama-sama kami hadapi susah senang.
Dalam pada masa yang sama, ‘penyondol’ tersebut turut meminta suami menutup data serta meletakkan telefon dalam mod pesawat hanya untuk menyembunyikan hubungan mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat buat wanita terbabit untuk kekal kuat hadapi ujian yang dilalui ketika ini dan percaya bahawa pasti akan ada balasan buat bekas suami serta penyondol itu.