Semalam, tular di laman TikTok memaparkan kerabat diraja membuat tarian poco-poco sewaktu Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah pada Isnin malam.
Raja Permaisuri Agong dipujii comel
Dapat dilihat dalam video tersebut, kelihatan Putera Mateen, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakukan tarian poco-poco.
Netizen yang melihat video tersebut tidak melepaskan peluang untuk memuji kecomelan Seri Paduka Baginda kerana gembira membuat tarian tersebut.
‘Sporting’ betul Agong kita!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Seri Paduka Bagina yang ‘sporting’ untuk melakukan tarian poco-poco tanpa ada sebarang latihan.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang terkejut apabila tarian rakyat itu dilakukan oleh keluarga diraja dan golongan bangsawan.
Sekadar info, pada tanggal 11 Januari 2024, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat disatukan dengan sekali lafaz di Masjid Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei.