(VIDEO) Sosok Misteri Disangka ‘Hantu’ Selamat Mangsa Lemas Tular Di Media Sosial

Trending

(VIDEO) Sosok Misteri Disangka ‘Hantu’ Selamat Mangsa Lemas Tular Di Media Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan rakaman kelibat seorang wanita berambut panjang ketika misi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Bali, Indonesia.

Walau bagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat Basarnas Bali mengesahkan kelibat wanita yang disangka hantu itu sebenarnya adalah manusia.

Advertisement

Wanita itu merupakan sukarelawan dari Mexico yang terlibat dalam misi pencarian mangsa lemas Ni Komang Ayu Ardani, di Tukad (Sungai) Petanu, sekitar Goa Gajah, Ubud, Gianyar, Bali.

Video yang dimuat naik media sosial Tribun Bali pada Sabtu, 20 Mac 2021 itu tular dan rata-rata warganet memberi respons yang menunjukkan sosok tubuh wanita pada minit ke-34.

Ada yang menganggap wanita itu hantu kerana rambutnya yang panjang di samping dia tidak memakai pakaian seragam seperti anggota Basarnas. Menurut Ketua Operasi dan Makluman untuk Basarnas Bali, Anak Agung Alit Supartana, yang mengetuai pencarian bersama pasukan gabungan dari Polis Daerah Bali.

“Bahawa (sosok wanita dalam video) adalah sukarelawan dari Mexico, dia mencari Komang Ayu yang hilang di Sungai Petanu”.

“Bukan hantu, ia adalah orang yang sebenar. Warganegara asing dari Mexico yang membantu dalam usaha mencari dan menyelamat”.

Anak Agung Alit Supartana berkata demikian melalui telefon kepada media tempatan.

SUMBER

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...