Kebersihan adalah salah satu prinsip yang penting dalam kehidupan. Jika seseorang itu menjaga kebersihan diri, orang akan memberikan tanggapan yang baik kepada individu itu.
Selain kebersihan diri, ada juga yang mementingkan kebersihan di tempat-tempat lain contohnya seperti di dalam kereta. Itulah yang terjadi kepada keluarga Sharifah Zarina yang juga merupakan penyanyi tanah air apabila suaminya melarang anak-anaknya membawa air ke dalam kereta kerana risau keretanya akan dipenuhi semut.
Video suami kepada penyanyi itu dimuat naik oleh penyanyi itu sendiri di TikTok, menunjukkan suaminya sanggup menunggu anak-anak menghabiskan air ‘Starbucks’ yang dibeli sebelum memasuki kereta.
“Sorry, kereta kita tak boleh minum” ujar Sharifah kepada anak-anaknya dalam video berdurasi 23 saat itu. Walaupun perkara itu nampak seperti hal yang kecil oleh sesetengah individu, namun untuk orang yang menjaga kebersihan perkara itu merupakan sesuatu yang normal dan harus dipatuhi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan berhadapan situasi yang sama di mana sesetengah individu mempunyai peraturan yang tidak membenarkan makan dan minum di dalam kereta kerana risau serangga seperti lipas dan semut masuk ke dalam kereta.
Walau apapun, ia sebenarnya salah satu peraturan yang baik kerana kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman.